Tuesday, October 14, 2014

UUM Computer Club (Computer Clinic)

Salam Sejahtera untuk semua pelawat blog saya yang sudi datang membaca penulisan saya yang nonsense ini. 14/10/2014 Adalah tarikh dimana berlangsungnya satu mini event di UUM School of Computing di organize oleh UUM Computer Club. Saya buat kali ke 3 mengajar di khalayak ramai dengan orang yang baru nak dikenali dan ianya bukan mudah untuk membuatkan saya begitu konfiden ala Menteri bercakap akan tetapi bahasa inggeris saya berterabur macam rojak buah menyebabkan ramai tercengang melihat setiap perkataan yang saya lemparkan. Melalui feeback yang saya dapat daripada mereka memang boleh buat analisis mengatakan presentation saya nie fair sahaja akan tetapi ini buat kali pertama saya conduct something in english dan saya tak ready sepatah haram pun. Student UUM memang awesome kebanyakkan daripada mereka cepat dan tangkas dalam membuat kerja dan ini amat mengangumkan saya dan rakan saya melalui pegerakkan underground kami iaitu Cyproz Brothers. Cyproz Brothers banyak proxy sebenarnya dan misi dan visi kami hanya untuk menyebarkan maklumat dalam masa yang sama kami mencari makan dengan membaiki komputer dan alatan-alatan komputer dengan rate harga yang rendah berbanding harga sebenar di pasaran. Kami bukan mengharapkan wang sebenarnya kami cuma ingin berkongsi ilmu yang baru dan dalam masa yang sama dapat membantu rakan yang lain untuk menaik taraf diri mereka from zero to hero. Memang misi kami nampak epik akan tetapi kami tetap di landasan yang betol dan tidak menerima tempias kapitalis.Hidup kami hanya membantu walaupun kami hidup sengkek dan serba kekurangan kami hanya dapat membantu setakat yang termampu dan ilmu kami tak lah setinggi langit kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Kami hanya insan biasa yang belajar daripada kesilapan. Memang kami merasakan kami melakukan kesilapan pada hari ini #ComputerClinicUUM dan kami akan perbaiki mutu penyampaian kami hari demi hari demi memartabatkan dan memudahkan apa yang perlu kami sampaikan kepada semua orang dengan mudah dan senang. Kekurangan bahan dan alatan juga memang menyekatkan tugas akan tetapi logik minda dapat meneruskan segalanya walau apa sahaja sekalipun kami gunakan hanya untuk menyampaikan maklumat.Anyway for next comming event we will come out with more efficient way to explain on what we get.