• Praesent sapien velit

    Maecenas imperdiet, ligula et mattis feugiat, elit felis fringilla purus, eu pretium quam justo ac orci. Nunc congue, enim sit amet dignissim malesuada, metus purus aliquet nibh, non euismod urna urna ac libero. Aenean congue enim fringilla elit vulputate ut ornare massa aliquam. Mauris pellentesque odio et justo vehicula ullamcorper. Aliquam laoreet placerat massa vel [...]

  • Aenean velit risus, venenatis sed pellentesque ege

    Ut sit amet odio erat, ut rhoncus libero. Maecenas vestibulum dui et urna fringilla pulvinar at ornare nibh. Nam et scelerisque lorem. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Nam quis neque et elit congue luctus. Sed ultrices tellus at dui pellentesque vulputate? Phasellus molestie tincidunt convallis. Nullam turpis [...]

  • Suspendisse pellentesque, enim id consequat luctus

    Donec a imperdiet metus. Nunc id consectetur velit. Vestibulum et urna neque, eget tempus libero. Suspendisse ac neque eu nisi viverra blandit? Sed in urna at purus cursus adipiscing. Maecenas ac nibh odio, quis dictum dolor. Maecenas id velit eu velit tempor dapibus sed non tellus. Nulla quis nisi a turpis auctor volutpat. In mollis [...]

Tuesday, March 24, 2015

Situasi:: Tangkap peragut

1. tumbuk ramai-ramai dan dipijak terus dibunuh peragut "anda yang pkul dan tumbuk akan digelar pembunuh" ~nafsu amarah tinggi

2. hudud/qisas di khalayak ramai dan dijalankan oleh arahan pemerintah mengikut tertib dan mampu mendidik org ramai. dan juga orang ramai tidak boleh mengumpat atau mengata kepada beliau dan larangan mengeji kepada peragut ketika hukuman dijalankan.

yang mna lebih adil dan puas hati? dan dapat mendidik anak2 supaya tidak bertindak kejam dan tak masuk akal ? memang akan berlaku kekejaman pabila dirompak dan disamun. tetapi ada batas untuk mempertahankan diri dan tertib.

Salah siapa sebenarnya yang menyebabkan anak muda antara menjadi golongan yang mencuri dan meragut (siap pakai student pass lagi/rumah ibadat pun jadi lubuk mencuri) kita boleh tgok diri kita how we teach the generation "garang skit didik tu" "ragging kaw2".. takutkan mereka dengan hukuman yang bakal dikenakan jika mereka melakukan setiap kesilapan~
manusia tua ,muda ,miskin dan kaya kdang2 mudah terlupa disebabkan hakisan mental dari media barat yang mempromosikan "Human Rights-For Western Culture" kita Islam mmg perlu di inggatkan tiap2 hari, "melayu mudah lupa" each day remind yourself . be Halim always not only for wife, but to all people.

Memang zaman skrg zaman kapitalis kdang2 manusia terdesak dan ada juga yang saja-saja melakukan jenayah tapi fikir betol2 deep deep deep kenapa saya selalu dirompak? kenapa saya selalu disamun? main ekoq?,main judi? adakah saya pernah mencuri,menipu,berhutang dan buat donno atau tidak saling membantu yg susah dan juga menghina manusia dan kemungkaran dari segi harta kita pernah lakukan?...... saya juga jahil dan bodoh memang perlu untuk kritik dan marah saya sepuasnya. Mulut saya pun "barua" jugak kdang2.. tapi anyway itu mulut saya bukan saya sbb sya kdang2 kasar berbahasa tp pengecut orgnya.~ kalau ada sya klentong ape2 dalam statement ni sila perbetulkan sbb sya ni budak mentah bru nak up jer  -_-

Sunday, December 14, 2014

Poket Rabak (Fulus Tiada)

DnD(Dinar dan Dirham) adalah matawang sebenar yang digunapakai sejak zaman dahulu lagi DnD bukanlah perkataan yang spesifik yang menggambarkan wang sebenar malah banyak lagi perkara yang membuktikan kewujudan wang sebenar yang telah dilupakan sejak 200 tahun dahulu. Wang sebenar adalah matawang yang menggunakan Emas,Perak dan Gangsa sebagai pertukaran yang sah dimana setiap nilai daripada 3 jenis material tersebut mempunyai nilai yang semula jadi yang telah ditetapkan dan iainya secara alami telah tercatat nilai berdasarkan rupa bentuk dan ketulinan material tersebut. Buku ini merungkaikan tentang kepentingan emas, perak dan gangsa pada zaman sekarang dan apa langkah-langkah yang wajar diambil untuk memartabatkan system ini daripada terus tenggelam dalam gelombang riba. Riba adalah sesuatu yang umum dan iainya merangkumi dari pelbagai sudut yang kita perlu tahu dan perlu di titik beratkan kerana iainya adalah satu ancaman kepada kita pada masa kini. Berdasarkan pengalaman saya sejak dari kecil lagi di didik untuk mengamalkan riba secara tidak sengaja dan ianya adalah kerana system ini telah sebati dan menjadi sebahagian didalam hidup kita untuk menipu diri kita sendiri supaya kita dapat memberikan keredhaan kepada nilai kertas tersebut. Kertas adalah sesuatu material yang boleh dibuat dengan pelbagai cara dan ianya terdapat beberapa konspirasi dimana kertas disalah gunakan untuk mengkayakan golongan yang kapitalis dan kejam. Untuk perkara lebih lanjut akan dibincangkan didalam blog ini. Saya menulis entry ini atas dasar ikhlas memperjuangkan system matawang DnD dan bukan sahaja untuk membantu meningkatkan prestasi perniagaan saya secara jujurnya akan tetapi saya ingin menaikkan martabat dan menyelamatkan orang kita tidak lagi tertindas dengan penipuan ini. Saya sejak dari kecil amat-amat tersentuh bila meilhat orang berusaha tetapi hajat mereka untuk Berjaya tidak tercapai akibat daripada penindasan. Penindasan apakah yang saya maksudkan ini? Mungkin pembaca tertanya-tanya penindasan dari segi apakah itu? 

Penindasan yang saya maksudkan ialah penindasan dimana hak mereka di tindas dengan penipuan duit fiat yang di assign value dengan menipu diri sendiri mengishtiharkan kertas itu sah sebagai matawang pertukaran akan tetapi mereka secara tidak sedar harta dan hak mereka sudah tercabul dan dirompak sedikit demi sedikit. Matawang fiat yang digunakan sekarang hanya bersandarkan US Dollar dimana USD tidak bersandar kepada mana-mana asset yang bernilai dan nilainya ditentukan oleh golongan kaya yang merompak hasil daripada rakyatnya sendiri. Kita dapat lihat Negara veto tersebut memang bertindak kejam keatas orang yang ingin menuntut hak mereka digantikan dengan matawang sebenar. Sebagai contoh pada era pemerintahan Saddam Hussein dimana Iraq pada ketika itu gemilang dan cemerlang akibat daripada muamalat pertukaran yang batil dari segi nilainya. Akibat daripada muamalat tersebut kerajaan mereka dibawah pemerintahan Saddam Hussein telah mengishtiharkan matawang yang sah adalah emas dan perak sahaja. Akan tetapi dalam lingkungan 2 bulan sahaja Negara mereka diancam sedikit demi sedikit dan sekatan demi sekatan daripada Negara vito yang mengamalkan system copy paste and use the paper. Negara Iraq adalah pengeluar black pearl yang terbesar dan tergolong di kalangan Negara pengeluar minyak terbesar akan tetapi tindakan mereka menuntut hak mereka dan menyekat hak mereka dari terus dirompak menggunakan kertas tisu jamban diancam dari pelbagai sudut. Memang Negara kita dikawal oleh bangsa durjana ini dan bangsa durjana ini telah mengawal semua central bank seluruh dunia dan kekayaan beliau adalah bertrilion. Memang asas kefahaman orang yahudi itu sendiri boleh mengamalkan riba keatas orang yang bukan daripada golongan bangsa mereka dan tidak boleh mengamalkan riba sesame mereka. Disebabkan hal ini bangsa mereka terlampau bongkak merompak hasil Negara yang kaya dengan sumber asli dan mengishtiharkan Negara yang mempunyai sumber asli tersebut sebagai Negara miskin akan tetapi hakikatnya Negara tersebut adalah Negara yang kaya dengan resource tersendiri. Sedih saya melihat keadaan ini berlaku iaitu Negara serumpun saya Indonesia adalah kaya hakikatnya tetapi hasil mereka dirompak hari demi hari. Saya mendoakan semoga rakyat mereka Berjaya menuntut hak kekayaan mereka yang sebenar. Tidak lepas juga kepada Negara lain yang perlu titik beratkan hal ini demi menjamin masa depan anak cucu kita tidak lagi tertipu dengan helah riba ini. Ingatlah saudara dan saudari sekalian perkataan “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit” yang digunakan oleh orang yang mencetak kertas yang diberi nilai itu adalah bohong RM800 dulunya boleh dibeli penuh troli dan sekarang hanya ¼ dari troli sahaja (Terasa kena troll). Ingatlah harta kita dirompas oleh penyembah berhala riba. Kita yang menyokong riba tidak akan pernah rasa cukup dan puas akibat daripada inflasi. Tukarlah kepada wang sebenar. Wang sebenar takkan hilang dari poket anda sendiri malah takkan binasa. Saya hanya insan biasa dan jahil dari segi bahasa dan hanya mengharapkan teguran daripada warga-warga cediakawan. Saya hanyalah insan biasa. 

Ingatlah.. Ingatlah… ingatlah… kertas boleh dicetak dan emas dan perak tidak boleh dicetak..
In Allah we trust!


Tuesday, October 14, 2014

UUM Computer Club (Computer Clinic)

Salam Sejahtera untuk semua pelawat blog saya yang sudi datang membaca penulisan saya yang nonsense ini. 14/10/2014 Adalah tarikh dimana berlangsungnya satu mini event di UUM School of Computing di organize oleh UUM Computer Club. Saya buat kali ke 3 mengajar di khalayak ramai dengan orang yang baru nak dikenali dan ianya bukan mudah untuk membuatkan saya begitu konfiden ala Menteri bercakap akan tetapi bahasa inggeris saya berterabur macam rojak buah menyebabkan ramai tercengang melihat setiap perkataan yang saya lemparkan. Melalui feeback yang saya dapat daripada mereka memang boleh buat analisis mengatakan presentation saya nie fair sahaja akan tetapi ini buat kali pertama saya conduct something in english dan saya tak ready sepatah haram pun. Student UUM memang awesome kebanyakkan daripada mereka cepat dan tangkas dalam membuat kerja dan ini amat mengangumkan saya dan rakan saya melalui pegerakkan underground kami iaitu Cyproz Brothers. Cyproz Brothers banyak proxy sebenarnya dan misi dan visi kami hanya untuk menyebarkan maklumat dalam masa yang sama kami mencari makan dengan membaiki komputer dan alatan-alatan komputer dengan rate harga yang rendah berbanding harga sebenar di pasaran. Kami bukan mengharapkan wang sebenarnya kami cuma ingin berkongsi ilmu yang baru dan dalam masa yang sama dapat membantu rakan yang lain untuk menaik taraf diri mereka from zero to hero. Memang misi kami nampak epik akan tetapi kami tetap di landasan yang betol dan tidak menerima tempias kapitalis.Hidup kami hanya membantu walaupun kami hidup sengkek dan serba kekurangan kami hanya dapat membantu setakat yang termampu dan ilmu kami tak lah setinggi langit kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Kami hanya insan biasa yang belajar daripada kesilapan. Memang kami merasakan kami melakukan kesilapan pada hari ini #ComputerClinicUUM dan kami akan perbaiki mutu penyampaian kami hari demi hari demi memartabatkan dan memudahkan apa yang perlu kami sampaikan kepada semua orang dengan mudah dan senang. Kekurangan bahan dan alatan juga memang menyekatkan tugas akan tetapi logik minda dapat meneruskan segalanya walau apa sahaja sekalipun kami gunakan hanya untuk menyampaikan maklumat.Anyway for next comming event we will come out with more efficient way to explain on what we get. 

Sunday, September 21, 2014

DnD Dinar Dan Dirham Murah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blog dan pelawat blog saya. Kumpulah dinar dan dirham untuk masa akan datang sesungguhnya ia kalis inflasi dan juga tidak mudah dibinasakan. Dinar dan Dirham atau dikenali sebagai term DnD adalah matawang Islam yang absolute dan ia juga mengikuti sukatan gram antarabangsa World Islamic Mint dimana 1 Dinar bersamaan 4.25 Gram emas dan 1/2 Dinar bersamaan dengan 2.125 Gram emas. Kebanyakkan emas dinar dikeluarkan dalam kadar ketulenan 917 dan ada juga yang berketulenan 999. Berdasarka sejarah yang saya dapat melalui cerita orang lama di Yemen mereka masih lagi menyimpan dinar Ottomaniah iaitu dinar zaman khalifah terakhir dengan berketulenan yang paling rendah. Disebabkan pada waktu ketika itu matawang dinar diperkasakan sebagai legal tender untuk urusan jual beli dan Muamalat Islam. Sebagai insan yang bertanggungjawab kepada masa hadapan saya masih lagi belajar di sebuah university swasta dibawah tajaan dan saya juga tidak melepaskan saat saya muda ini dengan mengamalkan 1 Bulan 1/2 Dinar KGT kadangkala 1/2 Dinar DEPB 999 disebabkan saya menjangka yang masa depan saya lebih terjamin dan selamat dengan simpanan emas. Masalah student zaman sekarang jika duit ada dalam bentuk kertas kadang kala mereka secara tidak sedar menghabiskan wang simpanan mereka dan bila tibanya waktu mereka akan terkandas dan "Ikat Perut" situasi begitu masih lagi terjadi kepada saya tetapi bila di refresh balik rupanya saya ada simpanan dalam bentuk emas dan perak sebagai simpanan saya. Anyway bolehlah lawat page saya di facebook kalau teringin nak menyimpan emas seperti saya. Moga masa depan anda terjamin dengan simpanan emas. Jangan tunggu lama-lama disebabkan harga emas sentiasa bergerak-gerak macam truk tunda hehe.





Friday, July 4, 2014

Bila buku bertemu ruas !

Sistem pendidikan memang 'cruel' sedikit akan tetapi kadang-kadang kekejaman itu mengajar kita untuk lebih redha dan terus berjuang demi menjulang piala kejayaan. Aku tahu memang zaman sekarang musim bola sepak akan tetapi aku tidak sempat menonton 'any single match' pun disebabkan kerja yang terlampau banyak dan juga aku sering mengilustrasikan masa depanku yang aku strukturkan dan dimanakah jalan yang harus aku tumpu demi mencapai perkara yang aku ingini di dalam hidupku. Memang banyak flow,pros and cons untuk memahami cabaran masa hadapan dan perkara masa hadapan tidak boleh diukur dengan mata kasar manusia yang kerdil seperti kita. Aku sering imiginasi dan memikirkan plan A hingga Z apa yang aku harus lakukan untuk masa depan aku dan aku terus membuat kajian untuk cari side income untuk menjamin masa hadapanku kelak. Memang susah nak hidup zaman sekarang semuanya cash out dan susah nak di cash in back dek kerana inflasi makin meningkat dimana manusia perlu menangung bebanan hutang akibat daripada currency producing and debt ceilling yang melampau menyebabkan hutang lampau ditanggung dizaman sekarang dan seterusnya impak daripada inflasi dan terus ke kebinasaan. Aku tahu real money is still exist dan miskin akan terus miskin dan kaya tak semestinya kaya selamanya.Berbalik kepada kesusahan aku tadi aku memang dependent dengan family aku dan aku ingin out of this dependent dan becoming independent disebabkan aku merasakan aku banyak menyusahkan keluarga aku. Aku terus mencuba walau beberapa kali aku gagal dan keinginan aku berniaga itu ada tetapi aku ingin rasai sendiri pengalaman berniaga tanpa MLM (Multilevel Marketting). Aku confuse kadang-kadang masalah sering menimpa dan kegagalan sering melanda. Hujan MLM merata-rata akan tetapi aku ingin merasakan keringat bagaimana memulakan perniagaan tanpa wujudnya MLM nie. Memang susah nak dibayangkan bagaimana hidup tanpa MLM dan dalam masa yang sama ingin memulakan business tanpa modal yang banyak. Aku ada melihat video pengasas DHerbs detik beliau mengecapi kejayaan melalui kehebatan beliau dan cara beliau melayan pelanggan dan keunikkan diri beliau sendiri membuahkan hasil. Unik itu kadang-kadang penting dalam perniagaan. Hidup aku penuh dengan cabaran dan hidup aku juga terhuyung-hayang dan keputusan aku kadang-kadang mendadak dan hidup aku berpegang kepada prinsip 'Just go through even its difficult,difficulity can be vanish' bro aku dari Yemen pun agree dengan prinsip aku ni walaupun agak gila tetapi kegilaan aku inilah yang membawaku ke menara gading dan kegilaan aku inilah yang melonjakkan diriku untuk terus dan terus dan terus usaha untuk masa depan walaupun aku nampak kegagalan itu menjelma tetapi aku tetap rodok jugak kegagalan itu supaya ia pupus dimamah ilusi.

Moving From AiU to MMU

Banyak cabaran dalam dunia ini yang mendatang dan banyak juga hikmah disebalik kejadian yang berlaku tanpa kita sedari. Aku adalah seorang anak kampung yang terletak di Perlis dan aku juga boleh diketegorikan sebagai orang yang jauh ketinggalan di alam teknologi berbanding orang lain disebabkan aku kurang mengadaptasi segala maklumat yang ada. Memang banyak cabaran yang perlu aku hadapi untuk sampai ketahap ini dan kegagalan itu sentiasa ada dekat dengan diriku dan aku rasa aku mampu hadapi. Dimana sahaja aku pergi susah betul nak nampak orang Perlis kadang-kadang aku anggap aku seorang sahaja yang datang dari Perlis. Aku kadang-kadang rasa tercabar jugaklah untuk import semua orang Perlis datang sini dan conquer tempat ni tetapi aku tahu orang Perlis lebih suka hidup berdikari dan cari makan dengan usaha yang keras walaupun tanpa mempunyai kualifikasi yang tinggi. Mungkin matlamat hidup sebagai orang Perlis adalah untuk hidup bahagia dan harmoni sesama insan tanpa saling tindas menindas antara satu sama lain walaupun adat dan percakapan kami kadang-kadang lembut kadang-kadang kasar tetapi demi menjaga keharmonian sesama sahabat kami berkawan walaupun bermusuhan. 

Thursday, April 17, 2014

Mukadimah (Network Boy)


Penubuhan blog ini adalah secara sukarela dari saya yang menceburi bidang Networking dan juga minat saya untuk mempelajari net work dengan lebih mendalam dan berkongsi pautan dengan rakan-rakan yang lebih arif daripada saya. Niat saya menubuhkan blog ini adalah untuk personal dan membantu saya mengingat mengenai apa yang saya belajar dan apa yang saya harus perbetulkan daripada pembelajaran saya. Saya amat kagum menyertai bidang kemahiran berasaskan teknologi rangkaian disebabkan ini adalah cita-cita saya sejak 5 tahun dahulu hingga sekarang saya juga banyak mempelajari system computer daripada Hardware ke Software. Saya harap dengan penubuhan blog ini rakan-rakan dapat membantu saya dalam proses pembelajaran saya menjadi lebih licin dan mudah.Sekian salam perkenalan daripada saya.